Friday, June 8, 2012

Pencalonan Syafiq Dalam 'My Kids Awards 2012' Untuk Kategori 'Favorite Kids Male Singer'

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para peminat Syafiq. Apa khabar? Sudah lama Syafiq tidak update blog ini kerana Syafiq benar2 sibuk dengan pelbagai program sebelum ini. Alhamdulillah segala urusan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Disini juga Syafiq ingin meminta maaf sekiranya terdapat email atau mesej di FB atau blog drp peminat2 yg masih belum mendapat balasan drp Syafiq. Insyallah sekiranya dilapangkan waktu, Syafiq akan cuba membalas semuanya. Terima kasih yg tidak terhingga kepada semua penyokong2 Syafiq di mana sahaja anda semua berada. Tanpa sokongan drp anda semua, Syafiq tidak mungkin akan berada di tahap sekarang. Teruskan sokongan anda semua. Syafiq berjanji akan melakukan yg terbaik buat anda. Sebagaimana yg anda semua maklum, Syafiq telah dicalonkan dalam 'My Kids Award 2012' dlm kategori 'Favorite Kids Male Singer'. Syafiq berharap anda semua akan terus mengundi Syafiq sehingga berjaya. Anda semua boleh membuat undian di link ini http://apps.tv3.com.my/mykidsawards/index.asp?stats=1#nominees. Anda boleh membuat 7 undian setiap hari bermula pada 6 Jun hingga 30 Jun. Teruskan mengundi Syafiq ya! Syafiq sayang semua peminat Syafiq.

Khas buat anda. Video ni dirakam di rumah Syafiq sebelah malam. Syafiq bersantai2 sambil memetik gitar dan menyanyikan lagu 'Di Alam Fana Cinta Mu'.



1 comment:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com